You are here:: Home
 
 

Program Tahfiz Cuti Sekolah 2011

E-mail Cetak PDF

Rasional : Anak-anak mempunyai kemampuan yang tinggi untuk menghafal kerana minda mereka masih bersih. Telah dibuktikan kanak – kanak berusia 8 tahun ke atas mampu untuk menghafal al-Quran pada kadar 1 juzuk dalam masa 1- 2 bulan hanya dengan menghafal 1jam sehari bergantung kepada kecerdasan kanak – kanak tersebut.

Kanak - kanak menghafal al – Quran mempunyai daya tahan yang tinggi.
Kecerdasan minda mereka akan meningkat. Mereka akan menjadi anak yang cergas dan cemerlang di dalam pendidikan akademik. Akhlak mereka terjamin kerana al – Quran menjadi pendinding mereka dari maksiat dan kemungkaran seperti yang terkandung dalam surah Al – Ankabut ayat 45

PENGENALAN : PROGRAM TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2011 (1 Bulan) ini adalah satu program direkabentuk untuk anak- anak menghafal al – Quran pada musim cuti sekolah. Pengalaman 29 hari ini akan menjadi bekalan untuk mereka meneruskan penghafalan 1 jam sehari pada hari biasa persekolahan serta rasa bertanggungjawab terhadap perintah Allah seperti solat 5 waktu. Pada cuti sekolah berikutnya Guru – guru Tahfiz akan membuat susulan untuk mengikuti perkembangan mereka.

MATLAMAT
•        Menghidupkan generasi celik dan menghayati  al – Quran
•        Memperkenalkan teknik menghafal al – Quran kepada kanak- kanak & remaja
•        Membimbing anak- anak & remaja menghafal Surah Lazim dan surah – surah penting.
•        Menanamkan rasa kecintaan dan menghayati al – Quran
•        Melahirkan insan yang berilmu, beriman & bertakwa melalui perkataan  al - Quran

PENGANJUR : Program ini dianjurkan oleh MAAHAD IHYA’ AL- AHMADI.
PESERTA : Kanak – kanak : 9 – 17 tahun     
TENAGA PENGAJAR : Terdiri dari Guru Tahfiz yang berkelulusan, berpengalaman dan berwibawa dari dalam dan Luar Negara.
KELAYAKAN MASUK : Semua anak dan remaja layak. Mereka akan dibahagikan kepada 3 kumpulan utama mengikut pencapaian masing- masing ;

 


•        KUMPULAN MENGHAFAL
•        KUMPULAN MEMBAIKI BACAAN AL – QURAN & menghafal surah penting
•        KUMPULAN IQRA’ & menghafal 38 surah lazim


KELAS
Kelas menghafal akan diadakan di sekitar Maahad Ihya’ Al – Ahmadi, Kg. Sg. Kelambu, Banting

PENGINAPAN / MAKAN MINUM / KEDAI KOPERASI
Penginapan & makan minum disediakan sepenuhnya. Kedai koperasi disediakan untuk makanan & minuman ringan serta keperluan peribadi.

PAKAIAN
Lelaki : Jubah / Gamis Putih / Kopiah / Baju Melayu / Baju Tidur / Pakaian Riadah / Kasut Riadah / Selipar
Perempuan : Jubah / Baju Kurung / Tudung Labuh / Baju Tidur / Pakaian Riadah / Kasut Riadah / Stokin / Pakaian Solat / Selipar
Lain – lain keperluan :  Alas Tidur / Bantal / Selimut / Peralatan Suci Diri / 3 buah buku nota / Alat tulis / Al – Quran / Iqra’
Tidak Dibenarkan : Pakaian Mendedah Aurat / Kurang Sopan / Telefon Bimbit / Walkman / MP3 / Majalah / Akhbar / Buku Hiburan / Games / Barang Kemas / Senjata.

SIJIL PENYERTAAN akan dianugerahkan kepada semua peserta. Sijil ini amat bermanfaat untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh , sekolah agama dan institut pengajian Tahfiz.

SEMINAR, MAJLIS KHATAM AL – QURAN & PENUTUP
18 DISEMBER 2011 ( Hari Akhir )
8.30 – 10.30 pagi : SEMINAR MEMBENTUK GENERASI AL – QURAN.
Seminar ini akan menggariskan program PELAN TINDAKAN untuk memastikan kesinambungan anak – anak menghafal al – Quran.
10.30 – 11.30 pagi : MAJLIS KHATAM AL – QURAN
11.30 pagi : MAJLIS PENUTUP
Ibubapa dijemput menghadiri semua program.

PENDAFTARAN
Pendaftaran boleh dibuat sekarang. Isikan borang dan sertakan bayaran penuh atau masukkan ke dalam akaun Maahad Ihya’ Al – Ahmadi 12-074-01-002150-2 di      mana – mana Cawangan Bank Islam Malaysia Berhad dan poskan slip masuk.

Tempat terhad. Pendaftaran lewat boleh diterima sekiranya tempat kosong masih ada. Ibubapa yang menghadapi masalah kewangan sila berhubung dengan urusetia.

 

Borang pendaftaran boleh dimuatturun dengan klik MUATTURUN

 

Aktiviti Sepanjang Program Berlangsung

Waktu

Aktiviti

04:30 am/pagi

Bangun tidur / Urus Diri

05:00 am/pagi

Solat Tahajjud / Hajat Dan Taubat

05:30 am/pagi

LDK : Menghafal Al Quran

06:00 am/pagi

Solat Subuh Berjemaah

06:15 am/pagi

LDk : Menghafal Al Quran dan Solat Isyraq

07:15 am/pagi

Rehat / Urus Diri

08:30 am/pagi

Sarapan Pagi / Tasmi’

10:30 am/pagi

Rehat / Minum Pagi

11:00 am/pagi

Bimbingan Solat

12:00 pm/tengahari

Kelas Motivasi / Fardhu Ain

01:00 pm/tengahari

Rehat / Solat Zohor Berjemaah / Makan Tengahari

04:30 pm/petang

Solat Asar Berjemaah

05:00 pm/petang

Rehat & Riadah Ringan

06:00 pm/petang

Urus Diri / Makan Malam & Kuliah Maghrib

07:15 pm/malam

Solat Maghrib Berjemaah

08:30 pm/malam

Solat Isyak Berjemaah

09:00 pm/malam

LDK : Menghafal Al Quran

10:00 pm/malam

Minum Malam & Tidur